6 Jun 2017 - 06:18
Iran Qatar Dan Negara Arab Berdialog Cari Jalan Penyelesaian

Kementerian Luar Republik Islam Iran telah menggesa Qatar dan negara-negara jirannya di Teluk Parsi untuk menyelesaikan perbalahan mereka melalui dialog yang terang selepas enam buah negara Arab mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Doha. Negara-negara itu turut mengenakan sekatan perjalanan dan melancarkan sekatan pengangkutan ke atas Qatar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Republik Islam Iran telah menggesa Qatar dan negara-negara jirannya di Teluk Parsi untuk menyelesaikan perbalahan mereka melalui dialog yang terang selepas enam buah negara Arab mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Doha. Negara-negara itu turut mengenakan sekatan perjalanan dan melancarkan sekatan pengangkutan ke atas Qatar.

"Penyelesaian ke atas perbezaan yang wujud di antara negara-negara serantau termasuk pertikaian di antara Qatar dan tiga buah negara sejirannya hanya boleh dicapai melalui kaedah politik dan aman. Pihak terbabit juga perlu mengadakan dialog yang telus dan jelas di kalangan mereka," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari Isnin.

Dia juga menambah bahawa tiada pihak di rantau itu yang akan memperoleh manfaat melalui ketegangan yang wujud di kalangan negara-negara berjiran khususnya di masa di mana negara-negara serantau dan seluruh dunia sedang menghadapi cabaran besar yang timbul akibat daripada penyebaran keganasan dan ektremisme serta penjajahan Palestin oleh rejim Israel yang sudah lama berterusan.

"Republik Islam Iran memanggil setiap negara jiran yang telibat di dalam pertikaian di selatan Teluk Parsi untuk belajar daripada pengalaman pahit di rantau ini... dan terus mengambil langkah untuk meregangkan ketegangan sekaligus mengembalikan keamanan dengan mengambil langkah berhati-hati," kata Qassemi.

Jurucakap Iran juga mengatakan bahawa amalan mengenakan sekatan terhadap negara lain adalah sebuah praktik yang tidak efisien di dunia yang saling terhubung ini. Qassemi turut menambah bahawa sekatan adalah sebuah amalan yang tidak lagi boleh diterima.

Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain pada pagi Isnin lepas memutuskan hubungan diplomatik dan membatalkan sebarang bentuk kontrak darat, laut dan udara dengan Qatar. Mereka mendakwa bahawa Doha menyokong keganasan dan ekstremisme. Selain daripada itu, mereka turut menuduh Qatar melaksanakan langkah campur tangan di dalam urusan dalaman mereka sendiri.

Sementara itu, Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif pada hari Isnin menegaskan perihal pentingya dialog di kalangan negara serantau. Beliau juga mengatakan perkara itu menjadi lebih kritikal pada bulan Ramadhan.

"Jiran adalah sesuatu yang kekal; geografi tidak boleh diubah. Paksaan ttidak pernah menjadi jalan penyelesaian. Dialog adalah wajib khususnya di bulan suci Ramadhan," kata Zariff di dalam laman sosialnya. -ABNA24

/315